Friday, December 30, 2011

30.12.2012

Assalammuaalaikum ,

      Masa berlalu dgn cepat kan ?  tup tup je dah nak masuk sekolah :o tak sedar pun cuti nie nak berakhir kan kan ? huhu . tetiba hati ini rasa takut sangat nak naik form 4 . mcm mcm akn kita hadapi nnt . konfemlah , lagi berat dugaannya drpd sebelum ni kan ? sob sob T_T *sabar sabar .
  

         Mula-mula nak naik form four ni kenalah ada buku dulu kan ? kalo tak , cmne nk belajar :p haha . Then , tarikh 30.12.2012 nie , tarikh yg TER-amat-amat keramat ni (ececeh--') saya dh bergelar pelajar form 4 secara rasminya :D nk tau sebab apa ? sebab sebab dah amik buku teks form 4 (bahasa melayu version) T___T serius , rasa mcm tak boleh nk belajar je kalau kalau bahasa melayu nie . lagipun batch 96's adalah batch yg pertama menggunakan english dan PERTAMA gunakan bm . hukhuk , mana tak sedihnya kan kita sume dah elok elok belajar english , tetiba tukar bahasa . konfem country shock la nnt :o bukannya nak kata yg kita sume sume ni dh terer english kan ? tapii kalo kite dh ter-biasa dgn english act lagi mudah drpd belajar dalam bahasa . yerlaaa . sejak darjah satu belajar math , science dlam english , tetiba tahun ni tukar ke bm . Harap harap ,  kita org dpt catch-up je nnt dlm form 4 nie . InsyaAllah kita sume dpt buat yg terbaik dan buktikan meskipun belajar dalam bahasa melayu , kita boleh berjaya ^^ lagipun untuk menjadi orang berjaya kenalah hadapi dugaan yg bnyak dulu kan ? so , set dalam mind kita untuk amik perkara ni positif atiqa !  Hwaiting ! (overreacting  >< )  huhu .  " ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami sebagai hamba-Mu yang lemah ini untuk berjaya di dunia mahupun akhirat " *meskipun hati terasa berat :'(  Hmm , alhamdulillah yang penting dapat sains tulen kan kan  :) bersyukur sangat sangat :') *terima kasih utk cikgu cikgu form 3 yang mendidik sy sehingga berjaya ^^
      Okay balik pd cerita mula mula tdi , nak sambung balik niee :p hihi . sebenar-benarnya hari jumaat (semalam) sekolah kitaorg suruh amik buku teks utk pelajar form 4 . Dengan semangatnya  untuk amik buku teks smpai ter-bangun awal >< haha . pagi pagi bangun , mandi mandi . terus siap pergi skola ^^ hihi . nasib ada mama yg tersayang, jia (cousin yg baik hati nk temankan :3), ngan tengku (kawan yg mmg nk otw pi amik buku teks sekali :p ) . dalam pukul 9 lebih dah sampai sekolah , terus pergi naik tangga . kitaorg takut ramai nanti ,  tu yg ter-semangat naik tangga >< nasib time kat bilik spbt tu tak ramai orang , kalau tak konfem lama nak kena tunggu beratur panjang-panjang kan . apalagi kan ? terus la balik . tengah otw nak pegi kat car park , tetiba nampak muka muka yg mmg kenal teramat-amat laah . hihi . classmates form 3 ^^ kitaorg just lambai lambai tngan pastu terus masuk kereta sebab malu malu kucing --' haha . Dah sampai rumah dengan kehampaan sedikit , terus siap siap nak pergi sunway untuk main ice skating . hip hip hoooraaaaaayyyyyyy ! haha , jakunnya :o dan memang rancang last minute pun utk ajak tengku sekali pergi sunway nie . semenanya mula mula nk pergi dgn jia tapi bila dipikir-pikirkan balik sy mne pernah menjejakkan kaki kat ice skating tuu --' tuu yg ajak tengku sekali tuu . hihi . okay , sume dh siap pakai  cantik cantik terus mama hantar pergi ktm . pastu pastu dh smpai sunway . makan makan dulu , baru pergi ice skating :D

   
            Bila kaki dah menjejakkan atas ice , mmg rasa excited tapi seram sebab baru first time T_T terus pegang tangan tengku , tetiba mula mula dah jatuh dah --' malu malunyee :( huhu tapee tapee practice makes perfect laa , atiqa :D berlatih punya laa mcm org yg nk msuk olimpik gituu >< ececeh :p padahal , baru belajar cara nk merangkak --' hahah .akhirnya , impian selama ini tercapai jugak :) terima kasih mama , syg mama :DDDDD apa apa pun hari ini memang best laa (Y)



P/s : i'll remember this moment forever , insyaAllah :)



Thursday, December 8, 2011

Gadis seperti puteri :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

 

  السلام عليكم  

        Setiap kaum Hawa ciptaan-Nya dianggap seorang puteri ..sungguh tinggi nilainya seorang gadis yang kecil meskipun berumur hanya satu tahun .. Namun , dunia ini semakin bergerak ke arah kemajuan di mana maruah sendiri semakin dilupakan dan di biarkan begitu sahaja . InsyaAllah , kita sesama manusia , sesama umat Islam ..marilah kita membuat perubahan pada diri kita :) TAPI , untuk mengajak orang bersama pada jalan yang diredhai-Nya , semestinya kita harus memperbetulkan diri kita sementara membetulkan kesalahan orang lain ^^ *ingatan pada diri saya jgk :)


 
  

       Kehidupan kita ada kalanya seperti kisah dongeng kan ? Ada kalanya terasa diri bahagia seperti di atas awan-awangan , ada kalanya terasa sedih sehinggakan terlupa pada Illahi .. Sebagai seorang perempuan , mahkota dirinya teramatlah mahal sehinggakan jika ingin digantikan dengan berlian pun serasanya tidak terbayar mahkota seseorang perempuan itu :) sungguh besar nikmat Allah berikan kepada kaum Hawa ini , namun mengapa ada yang berasa sedih , hiba ? Bukankah sepatutnya kita bahagia kerana Allah telah memberi kita lebih daripada apa yang kita mampu ? Subhannallah , memang manusia ini sering terlalai dengan duniawi , tetapi apa salahnya jika kita berkoban sedikit untuk berada di jalan Illahi ? Marilah kita bersama-sama memperjuangkan hak seorang perempuan , jangan dibiarkan diri yang terasa kecil ini dihina , dicerca ..insyaAllah , sesama kaum Hawa akan berada pada jalan yang diredhai-Nya ^^

    

   Kuasa  veto seseorang perempuan di muka bumi ciptaan-Nya sungguh tinggi bukan ? Kata-kata yang sedikit sahaja pun mampu meruntuhkan seseorang . Tetapi ada-kalanya kita mempersalah gunakan kuasa yang di beri Illahi . sepatutnya kita menggunakan kuasa itu pada jalan-Nya .".ya Allah , biarlah lidah ku ini berkata-kata yang baik , berhujah perkara yang benar , dan jauhkanlah aku dari berkata-kata perkara yang mungkar "

✿ hanya sekadar perkongsian dan juga ingatan pada diri ini yang lemah di mata-Nya :)